Assalamu'alaikum warahmatulLahi wabarakatuh (peace be upon you)
Welcome to my online diary, enjoy your stay!
Yours sincerely lilLahi Ta'ala,
Bint Haji Yusof @
Bint ul Islam.
Tak apalah, apa2 pun moga menjadi Muslimah yg Solehah! Jaga diri baik2 aaand..SENYUM SOKMO!
Miss ukhti so much! Thanks4e/thing! God bless u! Wasalm.
BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu ‘ala RasulilLAH s.a.w.
Assalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh,
Khassun ila hadhrati ayahanda Yusof, bonda Faridah, adinda Syukriah, adinda Najib, adinda Syahirah dan adinda Syakirah tersayang, Chuna sefamili yang dikasihi, kekanda Nor Shafriza sekeluarga yang diingati, abati Mahfuzh sefamili yang dihargai, seterusnya saudara saudari seaqeedah yang ana hormati ikhlas kerana ALLAH S.W.T.
Bersama kunjungan warkah eletronik ini ke kantung mel kalian, ana pohonkan do’a kehadrat Yang Maha Kuasa agar dilimpahkan kesejahteraan dan dikaruniakan pintu kemudahan (kejayaan) atas diri kita semua. Mudah-mudahan terurailah seluruh ikatan simpul (pelbagai masalah), terhapus segala kesusahan, tertunai segala hajat dan dengannya tercapailah segala maksud pada setiap kerdipan mata dan tarikan nafas kita, insyaALLAH, amiin. WalLAHU Musta’an.
AlhamdulilLAH, biiznilLAH,
Maka pada tika dan sa’at ini, telah dikaruniakan keringanan atas kudrat diri serta keluwesan carikan masa bagi menintakan coretan kalam berkisarkan jaulah yang telah ana sertai pada 19 dan 20hb April 2006, yang baharu sahaja sempurna perencanaannya semalam. AlhamdulilLAH. Moga ada khairnya, insyaALLAH.
BismilLAH..
19hb April 2006 (Rabu)
1
Dalam kepekatan malam, sekitar jam 3 pagi ana bersama kira-kira 10 orang Muslimah berkumpul di foyer The Railway Campus (TRC) iaitu kediaman kami. Selama hampir sejam menantikan kehadiran 5 buah van yang dipandu oleh para ikhwah yang mana 2 buah van dipenuhi ikhwah manakala 3 lagi buah van disarati akhwat cuma, pemandu dan co-pilotnya sahaja yang ikhwah, turun dari bahagian atas bukit ke bawah bukit mengambil kami di bawah sini. AlhamdulilLAH, sekitar jam 4 pagi lebih tibalah mereka, setiap van yang kami sewa khas itu dinamakan berdasarkan nama peperangan-peperangan dalam ISLAM iaitu Badar, Uhud, Mu’tah, Yarmouk (ikhwah) dan Qassidiyah (ikhwah).

Mengikut perancangan setiap ahli van telah kami campur adukkan antara gagasan seniors dan juniors, dan antara wakil-wakil majlis nuqoba’, anak-anak usrah dan adik-adik pelajar yang kelihatan punya potensi dalam menyemarakkan semangat nur Islam di Nueva Zelanda ini. Berdasarkan perbilangan terkini peserta jaulah pada malam tersebut ialah seramai 26 orang ikhwah dan 24 akhowat, yang rata-ratanya berusia antara 19 hingga 23 tahun. Dan setiap peserta hanya digalakkan membawa satu back pack seorang sahaja memandangkan keluasan bagi peletakkan barangan tiadalah seberapa.
Berdasarkan keputusan yang telah dibuat, ana ditempatkan dalam van UHUD bersama amir majlis nuqoba’ selaku driver van dan seorang ikhwah yang juga junior kami selaku co-pilotnya, selebihnya barisan akhowat yg terdiri daripada amirah majlis nuqoba’, seorang lagi ajk akhwat tertinggi majlis nuqoba’ yang juga kami gelarkan sebagai majlis syura Auckland (MSA), 3 orang anak usrah dan 2 orang lagi yang bukan ahli usrah. AlhamdulilLAH, segala-galanya khair.
2
Destinasi pertama yang ingin ditujui ialah Cape Reinga yang terkenal sebagai bahagian paling atas atau penghujung kepulauan utara NEW ZEALAND dan Te Paki Sand Dunes (gurun pepasir pantai) yang terletak di penghujung 90 miles beach. Perjalanan daripada Bandar
AlhamdulilLAH, di sebalik ketidak selesaan itu, biiznilLAH, kami diberikan nikmat panorama (scenic view) pemandangan yang indah nian sepanjang perjalanan, yang ditatapi di sebalik cerminan van yang nyatanya tiada terungkap dek perkataan. Di kala itu, kalimah ucap puji2an bagi ROBBUL ‘Aalamiin tak lekang membasahi ulasan bibir, menyusupi strata sukma dan membiasi kotak fikiran insani. Langit nan membiru, muka ‘alam nan menghijau, lautan nan luas terbentang, flora dan fauna ciptaan-NYA, nyata tiadalah dapat ditandingi tatapan sendiri oleh mata karuniaan ILAHI ats diri berbanding apa yang kami rakamkan dalam kamera-kamera kami; jauh sekali bezanya. Lagi indah penyaksian dengan mata sendiri apatah lagi apabila citra kesyukuran menerjah sanubari jika nak banding dengan tatapan kaku pada foto-foto yang kami ambil, tiadalah tolok bandingnya, begitulah betapa hebatnya KUASA TUHAN, Penguasa Seluruh ‘Alam, subanalLAH, alhamdulilLAH, walailahailla ALLAH, ALLAHu Akhbar!!!
3
Entah mengapa semalamannya hati ini terlalu memberati pundak untuk menyertai jaulah ini. AlhamdulilLAH, seingatan ana, setiap kali hati ini diberatkan untuk ke mana-mana, biizinilLAH, pastinya ada sesuatu yang kurang enak bakal terjadi sama ada kecil atau besar hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI. AlhamdulilLAH, setakat ini ana masih dikaruniakan kesempatan untuk meneruskan perantauan ana ke akhirah d samping mengumpul bekalan yang entah
4
Buat makluman semua, apabila tiba di dua persimpangan kira-kira jam 1 petang, yang mana sebelah kanannya menuju ke Cape Reinga manakala di sebelah kirinya menuju ke Te Paki Sand Dunes, kami telah mengambil keputusan untuk membawa arah haluan masing-masing. Yang mana para ikhwah mengambil alih dan memenuhi 3 buah van, manakala akhowat mengambil alih 2 buah van, bagi mngelakkan pertembungan dan percampuran semasa beraktivitas dalam satu kawasan nanti. Maka alhamdulilLAH, pihak ikhwah melepaskan kami pergi dan memandu 2 buah van tadi oleh kami menuju ke Cape Reinga, manakala mereka teruskan ke Te Paki Sand Dunes, dan kami berjanji untuk berkumpul kembali di tempat kami berpecah tadi sekitar jam 3.30 ptg. Maka berlalulah kami ke Cape Reinga, yang memakan masa hampir 45 minit dengan jalanan yang berbukit bukau dan jalan yang tidak berturap serta bercerunam tinggi juga. Syukurlah, rasa-rasanya tak perlulah ana gambarkan akan gelagat pemanduan akhowat dan para penumpangnya di sini, cukuplah ana nyatakan meskipun perjalanan agak mencabar dan mendebarkan namun syukurlah kami selamat tiba ke destinasi tersebut.
Perkara pertama yang kami lakukan ialah makan tengah hari berjamaah dalam talam besar bermenukan makoroni goreng bersama air kosong di cerunam, usai itu kami menunaikan solat jama’ dan qasar (zohor & ‘asar) secara berjemaah di tempat yang sama berlapikkan hamparan kain yang telah kami siap bekalkan dari Auckland, kemudiannya tazkirah petang buat semua sebelum setiap orang dibenarkan membuat aktiviti sendirian berhad umpamanya mengambil gambar, mendaki bukit dsb. SubahanalLAH, Maha Suci Tuhan, rupa-rupanya selain menjadi tumpuan sebagai tempat paling hujung bagi kepulauan Utara NZ, Cape Reinga juga menjadi tempat pertembungan arus dua lautan iaitu Lautan Tasman dengan Lautan Pasifik. Sayup dari atas bukit ana menyaksikan gelodak pertembungan 2 arus tersebut dari dua arah lautan kiri dan kanan, masyaALLAH, betapa MAHA KUASA TUHAN menciptakan segala-galanya. Satu fenomena yang amat unik sekali untuk disaksikan oleh hamba-NYA ini yang nyatanya tiada seindah imej kaku yang ana ambil dengan kamera sendiri. WalLAHU ‘Aalimin.Syukran lilLAHI TA’ALA, atas karuniaan peluang yang akan diri ini hargai selamanya, insyaALLAH.
5
Tepat jam 3.30 ptg kami bertukar destinasi dengan ikhwah, kali ini giliran kami ke Te Paki Sand Dunes , manakala ikhwah pula ke
Teringin juga ingin mencuba, namun bila mengenangkan nasihat ayah bonda juga sahabat agar berpada-padalah dalam beraktiviti, ada khairnya nasihat mereka buat ana, selaku Muslimah ana perlu benar-benar menjaga kesejahteraan diri ana, andai terlalu ghairah mengikut rentak rasa hati, dikhuatiri sesuatu yang tidak diingini pula bangkal menjengah kudrat yang sedia lemah dan lembut ciptaanya ini, naudzubilLAH. Banyak yang nak kena ana ambil perhati dan jaga demi hari ini dan masa depan. Maka hasrat itu dipendamkan sahaja, alhamdulilLAH, tiada penyesalan dirasai sebaliknya sesayu manisan hikmah menyelimuti qalbi, kerana ana yakin setiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya, di samping memerhatikan keletah mereka meluncuri bukit pepasir dari atas ke bawah, daki lagi ke atas, luncur lagi ke bawah, perlumbaan kelajuan luncuran sesama kenderai mereka, mencari cenuram yang lebih mencabar, ana manfaatkan jua masa bersama seorang adik berjalan-jalan di sekitar gurun pasir nan luas terbentang sambil merenung kebesaran ILAHI, sama-sama membutirkan zikrulLAH juga sempat bergambar dan mengambil gambar.
Kemudiannya kami berhenti seketika, mendudukkan diri di permukaan gurun lantas bicara tazkirah, sedikit pengongsian dibutirkan buat penghayatan, peringatan dan pengongsian manfa;at bersama, agar tiadalah masa berlalu dengan sia-sia semata. Tidak beberapa lama kemudian beberapa orang lagi menyertai kami, seusai itu kami menujui oasis dan menikmati keindahan ciptaan YANG ESA di sana, mengharungi lopak air itu, sejuk rasanya namun bezanya tiada hidupan umpama ikan berenang-renang di dalamnya, kosong semata, sebagaimana paparan oasis di mana-mana gurun pasir sebenar dalam dokumentari National Geographic. Sebentar ana alihkan pandangan ke kemuncak gurun yang agak tinggi, ya ALLAH, ada juga rakan-rakan muslimah dan adik-adik yang memberanikan diri meluncur di tebingan yang lebih curam itu, kalimah istighfar dan doa mula meniti bibir, bagaimana sanggup mereka mendaki setinggi itu apatah lagi memberanikan diri untuk beraktivitas sedemikian risikonya, seorang adik meluncur turun di ikuti senior, astaghfirulLAH, ia bergolek-golek, lantas terhenti di pertengahan, memegang kepala lantas menjerit ‘sakit’, apakan daya ana, takkan ana ingin berlarian sepantas kilat mendaki bukit sana, maaf, hanya TUHAN YANG BISA MENGERTIKAN sejauh mana daya ana. Syukurlah, rupa-rupanya kepalanya mengalami kegoncangan seketika akibat hunjanam golekan tadi, sakit dan bingit yang dirasai sekelumit cuma. AlhamduliLLAH, tiadalah yang layak menerima pujian selain ROBBI, syukurlah tiada apa-apa kecelakaan yang parah menimpa mana-mana antara kami pada hari itu. Syukran lilLAHI TA’ALA.
6
AlhamdulilLAH, usai aktiviti sekitar jam 5.30 ptg kami menuju ke tempat perpisahan kami dgn ikhwah tadi dalam pada itu kami bersama-sama mengalunkan bacaan al mathurat dalam van sepanjang perjalanan,usai itu baharulah diputarkan kembali kaset naysyid dalam van, alhamdulilLAH. Hampir jam 6 petang baharulah ikhwah sampai, maka berkonvoilah kami menuju ke 90 miles beach, rancangnya nak melihat matahari terbenam. Namun, ALLAH itu MAHA MENGETAHUI segala perancangan, hajat tiada kesampaian kerana hari sudah mula gelap, maklumlah sekarang musim luruh, lagilah cepat gelap menyelimuti ‘alam biiznilLAH. Ditaqdirkan ALLAH, jalanan-jalanan kami tiada berterangkan tiang-tiang lampu, hanya cahaya daripda lampu-lampu depan van menyimbahi jalan, destinasi seterusnya ialah mencari tempat penginapan yang letaknya di sebuah tempat bernama Paihia. Sekali lagi kami diuji, perjalanan nak menuju tempat penginapan pun memakan masa yang lama sebab dalam 3, 4 kali juga kami tersesat jalan di tambah pula dengan labuhan malam yang makin memekat sejajaran dengan peredaran masa. Mujurlah ada van-van bawah kendalian para ikhwah yang mengapiti kedua-dua van yang dipandu akhowat sepanjang perjalanan malam tersebut.
Akhirnya, biiznilLAH, sampailah kami di destinasi tersebut. Seterusnya sekali lagi ujian ILAHI atas kami, lauk ayam masak kicap yang pihak akhowat masakkan sedari
Sekali lagi suasana yang kurang menyelesakan menduga kami, bilik-bilik ikhwah letaknya di bahagian bawah manakala bilik-bilik di mana diamnya akhowat di bahagian muka bumi atas yang mana lebih tinggi sedikit. Maka perlulah menjaga serapi mungkin, langsir-langsir ditarikkan menyelimuti sliding door dan cerminan-cerminan besar hadapan, bahkan ada antara ikhwah dah mula menyampaikan teguran pada wakil muslimat akan perkara ini atas sebab-sebab yang munasabah bagi mereka di bawah sana. AlhamdulilLAH, insyaALLAH segala-galanya terjaga. Seterusnya didapati tandas wanita termasuklah pintu masuknya sendiri letaknya menghadap penginapan ikhwah, manakala begitulah sebaliknya bagi tandas lelaki lebihan menghadap ke arah penginapan kami. Ini MESTI DIJAGA, dan alhamdulilLAH, insyaALLAH, khair. Manakala penutup segala ialah solat, mandi manda dan akhirnya tidur di samping ada sekali sekala tergiang-giang di telinga bunyi hurungan nyamuk-nyamuk, namun syukurlah lena, alhamdulilLAH.
20 hb APRIL 2006 (Khamis)
1
Sekitar jam 7 pagi kami telah berkumpul dan bertolak ke Bay of Islands yang mana letaknya agak jauh juga dan memakan hampir 2 jam perjalanan. Dugaan berikutnya, ialah d pertengahan perjalanan tersebut tayar van Mu’tah, bermasalah, jika hendak dikatakan meletup pastinya sudah tergelincir van dari jalan raya, naudzubilLAH, tp daripada apa yang ana pasti, para akhowat yang menaiki van itu mnyatakan mereka mendengar bunyi seperti tayar diseret kemudian berbau hangit, sedar-sedar van sudah dihentikan, nyatanya tayar telah kempis, barangkali kehabisan angin, walLAHU’Alam. AstaghfirulLAH, bagaimana tiada dipastikan dahulu segala2nya sebelum berlepas tadi? WalLAHU Musta’an. Apa yang dapat ana pastikan seorang demi seorang ikhwah turun membantu, manakala para akhowat dalam van Mu’tah dipindahkan ke van yang lain bahkan ditempatkan ke van ikhwah iaitu van Yarmourk. Manakala ikhwah di van Yarmouk beralah ke van Mu’tah yang bermasalah tadi. 2 orang ikhwah mengambil alih van Yarmouk, maka kami diarak pergi dahulu sementara itu hanya 1 van yang ditinggalkan di belakang sementara menanti proses pembaikan padanya, justeru tinggalah sekelompok ikhwah d belakang.
2
AlhamdulilLAH, selamatlah kami sampai ke
AlhamdulilLAH, asalnya hajat di hati yang sememangnya telah sekian lama dipendamkan dalam hati sedari di Malaysia dahulunya ingin menunggang kuda, mengharungi denai-denai dan melewati kawasan permukaan berbukit bukau dalam hutan tersebut, namun alhamdulilLAH, sekali lagi ingatan pada orang tua dan atas nasihat dan bicara pandangan seorang sahabat ana bataskan kemahuan diri. InsyaALLAH, tiada sekelumit penyesalan membumbui diri, kerana ana yakin pasti ada sebabnya di sebalik semua itu, khuatir juga jika jatuh nanti tanpa orang tua di sisi, dan mengalami apa-apa kecederaan yang bisa memudharatkan kesejahteraan diri masa kini dan depan, naudzubilLAH. AlhamdulilLAH, dalam keasyikan sohabat-sohabat muslimat beraktiviti lasak, ana bersama seorang adik mengambil keputusan mengisi masa-masa sepanjang di sana dengan berjalan-jalan sekitar hutan, mengharungi anak-anak sungai, bersama-samanya kami menikmati keagungan ciptaan ILAHI, sambil tak henti-henti melantunkan seucap tama puji-pujian bagi-NYA, di samping bergambar dan mengambil gambar.
Selepas melewati beberapa permukaan berbukit, melihat lembu-lembu meragut rumput di
Seterusnya kami menjamu santapan tengah hari iaitu meehon goreng secara berjamaah di tebing sungai, manakala bg ikhwah pada hemah ana barangkali sudah terlebih dahulu menikmatinya di pantai
3
AlhamdulilLAH, selesai segala urusan lewat 5 petang, maka baharulah kami bertolak pulang kembali ke
AlhamdulilLAH,
Demikianlah sedikit sebanyak coretan kalam yang dapat ana larikkan pada warkah eletronik kali ini buat tatapan ayah bonda dan adinda-adinda tersayang, Chuna juga kekanda Shafriza sefamili yang diingati, abati sekeluarga yang dihargai seterusnya ikhwah wa akhowatil fadhilah. Kemaafan ana pohon atas sebarang kekurangan & kelemahan pada bicara kalam ana ini; memandangkan ana sendiri berkejaran masa untuk beberapa urusan lagi, walLAHU 'Aalimin, asifi.
Semoga gebyar jihad Islamiyyah akan terus gah berkibaran di jiwa kita semua juga Umat Islam seluruhnya, insyaALLAH. Salam perjuangan berpanjangan…insyaALLAH selagi kudrat insani tidak gugur menyembah bumi.
Akhirul kalam..
Dalam melaksanakan sesuatu perkara, JANGAN sampai ALLAH S.W.T. membenarkan apa yang kita lakukan dalam keadaan DIA MEMBIARKAN.
Dzikir dan fikirlah kehadrat YANG SATU!!!
Sammihni ‘ala kulli hal.
JazakumulLAHU khairal jaza’ wa waffaqaqalLAH.
Kun sa’idan fi dunniya wal akhirah, insyaALLAH, amiin.
WabilLAHI taufiq wassalamu’alaikum warahmatulLAHI wabarakatuh
al faqiirah ila ROBBI,
Syahidah Sofia bintu Yusof
24 Raby al Awwal 1427H (Sabtu)
TRC, Downtown,